Pengenalan

Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Bukit Tagar (BTEP) dibangunkan oleh Berjaya EnviroParks Sdn. Bhd. (BEP), sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Berjaya Corporation Berhad. BTEP dibangunkan berasaskan perjanjian konsesi jangka panjang dengan Kerajaan Malaysia di bawah kawalselia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

Teknologi Rawatan Sisa Pepejal

Atas kesedaran murni terhadap keperluan untuk mengekalkan sumber asli dan alam sekitar, pihak BEP telah mengambil pendekatan untuk menawarkan penyelesaian secara keseluruhan untuk pengurusan sisa pepejal.

Selain tapak sisa pepejal sanitari, BEP sedang bekerjasama dengan beberapa rakan teknologi untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi pembuangan dan rawatan sisa pepejal termasuk penjanaan tenaga dari sisa buangan, kitar semula dan juga sistem pengurusan gas.

Merealisasikan Aspirasi

Penubuhan BTEP merupakan pengiktirafan komitmen Kerajaan Malaysia terhadap kecemerlangan pengurusan sisa pepejal yang terkini dan perlindungan alam sekitar yang optima.

Sejajar dengan aspirasi Kerajaan, BEP membangunkan BTEP untuk mencapai piawaian operasi dan penyelenggaraan yang bertaraf dunia. Ini seiring dengan objektif BEP untuk menampilkan BTEP sebagai pusat pelupusan sisa pepejal sanitari yang terulung di rantau ini di samping mempromosikan kepakaran pembinaan dan pengendalian pusat pelupusan sisa pepejal sanitari di pasaran tempatan dan antarabangsa.