Mengenai BTEP

Kawasan Tanah

BTEP dimajukan di atas sebidang tanah seluas 700 ekar yang dikelilingi zon penampan seluas 1,000 ekar. Ia terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah di daerah Hulu Selangor.

Akses

BTEP terletak lebih kurang 50 kilometer dari Kuala Lumpur dan dihubungkan oleh Lebuh Raya Utara Selatan melalui persimpangan Bukit Tagar yang dibina khas oleh BEP untuk membolehkan akses langsung dan mudah ke tapak pelupusan dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Kapasiti Buangan

Dengan kapasiti 120 juta tan metrik, BTEP berupaya menampung keperluan pelupusan sisa pepejal dari kawasan Selangor dan Kuala Lumpur untuk tempoh lebih daripada 60 tahun. BTEP direka untuk mengendalikan sisa pepejal perbandaran dan buangan bukan toksin.

Rekaan Tapak Pelupusan

BTEP direka sebagai sebuah tapak pelupusan Tahap IV, dengan pelapik membran HDPE, pengumpulan dan sistem rawatan leachate. Tapak pelupusan akan dimajukan dalam 17 fasa sepanjang tempoh 60 tahun. Ia dilengkapi sistem pemantauan air permukaan tanah yang komprehensif untuk mengawai sebarang pencemaran.