PEMBANGUNAN PUSAT PELUPUSAN

Rekabentuk Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Tagar mengikut tapak pelupusan tahap 4, iaitu tahap tertinggi dalam piawaian agensi pemeliharaan alam sekitar di Amerika iaitu USEPA, ia boleh menjamin perlindungan maksimum terhadap alam sekitar.

Fasa-fasa tapak pelupusan dibahagikan kepada beberapa sel bagi memastikan kawalan air hujan pada kadar optimum selain mengurangkan penghasilan air larut resap atau leachate. Operasi pelupusan dijalankan di sel-sel ini secara berperingkat sehingga mencapai kapasiti penuh iaitu 120juta ton.

Sel di tapak ini dibangunkan dengan pelbagai lapisan pelapik bagi menghalang penembusan air larut resap ke dalam tanah.

Air larut resap yang terkumpul di pelapik diperangkap oleh satu sistem pengumpulan air larut resap bersepadu dan disalurkan ke loji untuk dirawat.