Pusat Pendidikan

BTEP menyediakan sebuah Pusat Pembelajaran sebagai pusat sumber untuk penyebaran maklumat kepada masyarakat mengenai tapak pelupusan sanitari termasuk operasi dan pengurusan BTEP.

Pusat Pembelajaran ini dilengkapi bilik latihan dan seminar, model skala BTEP dan model prasarana tapak pelupusan umum dan juga sampel bahan binaan yang digunakan dalam pembangunan dan pembinaan tapak xpelupusan moden.

BTEP telah menerima banyak kunjungan dari ramai ahli akademik dan pelajar pusat pengajian tinggi, selain pegawai kerajaan tempatan dan luar negara. BTEP juga menjalankan sesi pembelajaran dan latihan untuk pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar mengenai pengurusan dan operasi tapak pelupusan.